PHNOM PENH: Kem snuker muncul penyelamat buat kontinjen negara apabila menyumbangkan satu-satunya pingat emas pada hari kesembilan temasya Sukan SEA 2023 di sini semalam.
Kejayaan Thor Chuan Leong menghadiahkan emas ke-29 negara dalam acara snuker perseorangan lelaki memberi sedikit kelegaan kepada kontinjen negara yang buntu mencari kilauan emas sejak Sabtu.
Namun, pencapaian Chuan Leong itu tidak mengubah kedudukan Kontinjen Malaysia apabila kekal berada di kedudukan ketujuh dalam carta pungutan pingat dengan meraih 29 emas, 41 perak dan 79 gangsa.
Kedudukan itu pastinya sukar bagi kem Malaysia untuk memperbaiki posisi dalam pungutan pingat apabila Singapura yang berada di tempat keenam sudah mengutip 42 emas, 36 perak dan 55 gangsa sedangkan temasya dwitahunan itu hanya berbaki tiga hari lagi sebelum melabuhkan tirai Rabu ini (17 Mei).
Malah, peluang kontinjen negara untuk mencapai sasaran 40 pingat emas juga agak tipis berikutan acara yang menjadi lubuk emas Malaysia seperti terjun, olahraga, karate dan silat sudah pun berakhir.
Tumpuan kem negara bagi menambah pingat emas kini terarah kepada hoki, badminton dan sepak takraw.
Hari ini, skuad sepak takraw berpeluang menambah pingat emas buat negara apabila dijadual berdepan Indonesia dalam final acara double lelaki.
Selepas tamat saingan hari kesembilan, Vietnam kekal selaku pendahulu dalam carta pungutan pingat dengan mengutip 107 emas, 90 perak dan 94 gangsa, diikuti Thailand 90-67-88, manakala Indonesia memintas Kemboja di tempat ketiga dengan 67-61-80.
Tuan rumah berada di tempat keempat dengan kutipan 65-61-103 sementara tempat kelima dihuni Filipina yang mengutip 46-72-86.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 14 2023
Thor Chuan Leong ketika beraksi menentang pemain Thailand dalam acara akhir Snooker lelaki sempena Sukan SEA 2023 di AEON Mall Sen Sok City, Phnom Penh, 14 Mei --fotoBERNAMA
Selangor tewaskan KDA FC 1-0, bergema 'Siu' di MBPJ
Jaringan tunggal Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menyaksikan Selangor FC memulakan saingan Liga Super 2024/2025 dengan cemerlang, apabila meraih tiga mata penuh selepas menewaskan KDA FC 1-0.
50 maut di banjir kilat di Afghanistan - Polis
Menurut jurucakap polis, Abdul Rahman Badri, kesemua mangsa yang terkorban
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
di wilayah Ghor, dengan angka korban dijangka meningkat.
Angka korban rakyat Palestin di Gaza hampiri 35,400 orang
Serangan Israel membunuh 83 orang dan mencederakan 105 yang lain dalam tempog 24 jam lalu.
Trak barangan ke Gaza musnah dalam kebakaran
Reuters melaporkan, video kejadian diperoleh pada Selasa lalu menunjukkan sekurang-kurangnya sebuah trak terbakar.
Keadaan PM Slovakia stabil tapi kekal serius
Keadaan Perdana Menteri Slovakia, Robert Fico disahkan stabil tetapi kekal dalam situasi serius selepas dia ditembak dalam cubaan membunuhnya.
Polis rampas bukti, dokumen di rumah suspek tembak Fico
Penyiasat polis merampas beberapa dokumen dan bukti di pangsapuri suspek yang menyerang Perdana Menteri Slovakia Robert Fico.
Singapura tingkatkan langkah keselamatan selepas serangan Balai Polis Ulu Tiram
Singapura telah meningkatkan langkah-langkah keselamatan, termasuk di pusat pemeriksaan negara, susulan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor, pada Jumaat.
Lapangan terbang baharu dapat atasi isu tiket mahal
Cadangan Sarawak untuk membangunkan sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu di Kuching bukan sekadar bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan industri penerbangan, sebaliknya langkah jangka panjang mengatasi isu harga tiket mahal.
Sarawak yakin pendapatan negeri terus meningkat - Abang Johari
Sarawak yakin kadar pendapatan negeri itu dapat terus ditingkatkan dalam tempoh dua hingga tiga tahun ini berikutan pertumbuhan ekonomi negeri yang dilihat cukup memberangsangkan.
Tumpuan Ahad – 19 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Pungutan pingat di Sukan SEA 2023 mungkin kurang - MOM
Kekurangan acara 'lubuk emas' pada Sukan SEA 2023 di Kemboja dilihat akan memberikan kesan kepada jumlah pungutan pingat emas yang mampu dituai kontinjen negara pada temasya sukan berkenaan.